Soalan Lazim (FAQ)

Apakah kain T-shirt 7 helai RM100?

40 daripada 42 warna ialah 100% kapas premium (combed cotton) 160GSM, lembut dan sejuk. Hanya 2 warna, Melange dan Dark Melange, ialah kain campuran kapas (bukan 100% kapas).

Ada berapa warna dan saiz?

42 warna. Saiz XS hingga 3XL; saiz besar 4XL–7XL dalam pakej 7 helai RM140.

Bagaimana nak pilih saiz?

Panduan berat badan (anggaran): XS 40–50kg, S 50–60kg, M 60–70kg, L 70–80kg, XL 80–90kg, XXL 90–100kg, 3XL 100–110kg. Untuk lebih tepat, ukur dada baju yang anda selalu pakai dan bandingkan dengan carta saiz (dada, inci): XS 36, S 38, M 40, L 42, XL 44, XXL 46, 3XL 48; 4XL 50, 5XL 52, 7XL 56. Potongan regular (tak ketat, tak besar).

Boleh bayar COD?

Boleh, COD seluruh Malaysia. Bayaran dalam talian juga diterima semasa checkout.

Berapa lama penghantaran?

Pesanan diproses 1–3 hari bekerja. Penghantaran biasanya 3–5 hari bekerja (Semenanjung) dan 5–7 hari bekerja (Sabah & Sarawak).

Ada jaminan pemulangan?

Ada. Jaminan 100% pulang barang & wang dikembalikan jika kami tersilap hantar saiz atau warna, atau ada masalah kualiti (contohnya koyak, kain cacat atau jahitan rosak). Hubungi kami dalam 7 hari selepas terima barang dengan gambar produk.

Boleh tukar saiz kalau saya salah pilih?

Maaf, saiz atau warna yang salah dipilih oleh pembeli tidak boleh ditukar. Sila rujuk panduan berat badan dan carta saiz sebelum membeli.

Boleh beli borong untuk syarikat, event atau printing?

Boleh. Hubungi kami di WhatsApp untuk harga tempahan 30 helai ke atas.

Bagaimana cara basuh?

Boleh basuh mesin. Basuh terbalik dengan air sejuk, jangan peluntur, untuk kekalkan warna.